Maziah terjaga dari tidur, peluh membasahi tubuhnya, mimpi malam tadi masih segar di ingatannya. Hampir setiap malam dia mengalami mimpi buruk. Namun mimpi buruk itu bukan sekadar mimpi buruk, ia menghantui beliau di sepanjang hari.
Mimpi kali ini sama seperti mimpi-mimpi yang lain di mana dia mengejar seseorang yang kemudian jatuh ke dalam jurang yang dalam. Dan dalam semua mimpi, dia adalah wira yang telah melakukan segala-galanya untuk menyelamatkan orang yang sama daripada jatuh. Yang lucu adalah, dia tidak dapat melihat wajah orang itu.
Pakar psikologi mentafsir mimpi Maziah sebagai sesuatu yang memberitahu tentang ketakutan yang beliau alami. Ketakutan yang terkeluar ialah dia takut kehilangan orang yang hampir dengannya, orang yang dia sangat sayangi.
Rasa takut kehilangan seseorang yang disayangi adalah perkara biasa bagi kebanyakan orang. Ia berpunca dari rasa takut untuk hidup bersendirian di dunia ini dan rasa takut tidak dapat menanggung perasaan menjadi orang yang ditinggalkan.
Memikirkan kemungkinan kehilangan seseorang yang anda sayangi adalah sesuatu yang menggerunkan dan menyakitkan. Anda mungkin telah melabur terlalu banyak masa dan perasaan anda untuk orang itu, justeru anda akan merasa panik jika terfikir akan kehilangannya.
Bersambung di minggu hadapan...
Isnin, 11 Julai 2011
Isnin, 4 Julai 2011
Kategori Takut Kepada Penolakan
Seseorang yang takut kepada penolakan atau tidak diterima oleh orang lain boleh dikategorikan seperti berikut:
- Bertindak tanpa keyakinan - Seseorang yang tidak mempunyai keyakinan diri cenderung untuk meniru orang lain dan menghalang diri dari mencuba perkara baru. Kurang keyakinan diri akhirnya akan membuat hidup seseorang itu tidak gembira dan pahit.
- Tidak memberi pendapat - Seseorang yang tidak vokal tentang pandangannya terhadap sesuatu perkara mungkin menghadapi masalah dengan penolakan. Dia tidak mahu menyuarakan pendapatnya kerana takut dikritik.
- Selalu tertekan - Seseorang yang tidak mempunyai kebebasan untuk menyatakan pendapat atau menyuarakan apa yang diingininya akan menjadi tertekan dan tidak akan menemui cinta seumur hidupnya. Dia akan cenderung untuk bertindak seperti robot kawalan jauh yang tidak boleh membuat keputusan sendiri.
- Keliru tentang identiti diri sebenarnya - Seseorang yang mempunyai kebimbangan ditolak akhirnya akan keliru tentang siapa dia sebenarnya. Ini akan membawa kepada krisis identiti dan akan membuat dia marah pada dirinya dan pada orang lain tanpa sebarang sebab.
- Kurang keyakinan diri dan nilai diri - Seseorang yang memberikan kepentingan yang lebih kepada apa yang orang lain mungkin anggap tentang dirinya tidak akan mempunyai keyakinan diri untuk memulakan sesuatu. Keyakinan diri yang rendah ini mungkin disebabkan perasaan penolakan yang tertanam dalam dirinya oleh keluarga atau rakan-rakan.
Langgan:
Catatan (Atom)