Ahad, 3 April 2016

Keyakinan Diri dan Impak Pada Kehidupan

Kehidupan ini penuh dengan ujian. Keyakinan diri akan mengatasi jurang yang dalam, masalah dan halangan yang perlu ditempuh dalam kehidupan seharian. Ketiadaan keyakinan diri membuat seseorang itu gagal mencapai kejayaan hidup yang diidamkan.

Kehidupan bukan bergantung kepada nasib kecuali kita menghendakinya begitu. Kita bergantung kepada nasib apabila kita gagal untuk menjadi diri kita yang sebenar. Diri kita mempunyai segala kemampuan seperti yang dijadikan oleh Pencipta kita. Untuk mencapai kejayaan di dalam apa-apa bidang, kita perlu menyelami ke dalam diri kita dan mencari keyakinan diri. Apabila kita yakin kita boleh, kita akan menjana kuasa yang akan memacu kita ke hadapan.

Mereka yang miskin biasanya kekal miskin kerana hilang keyakinan diri. Kebanyakan orang tidak menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan negara disebabkan halangan yang mereka sendiri letakkan untuk diri mereka. Mereka berkata, "Siapalah saya."

Keyakinan diri boleh dipupuk dengan dua cara:

1. Cari penyelesaian kepada masalah di dalam diri anda bukan di luar. Yakin bahawa anda dicipta sebagai khalifah di bumi ini. Belajar untuk membina fikiran positif.

2. Pecahkan masalah kepada beberapa bahagian yang lebih kecil. Selesaikan satu masalah yang paling senang dahulu. Apabila anda berjaya menyelesaikannya, keyakinan diri akan bertambah. Kemudian selesaikan bahagian yang seterusnya, satu demi satu. Bukan sekali gus.

Keyakinan diri dapat memperkuatkan semangat seseorang walaupun mereka berada di tahap yang paling rendah dalam kehidupan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Komen