Isnin, 30 Mei 2011

Faktor Untuk Mendapat Keyakinan Diri

Walaupun proses membina keyakinan diri bermula dari zaman kanak-kanak, orang dewasa masih boleh mendapat keyakinan diri melalui kesungguhan dan sokongan daripada keluarga serta rakan-rakan.

Sokongan dan penerimaan keluarga

Keyakinan diri berkembang semasa seseorang sedang membesar. Peranan ibu bapa dalam menanamkan keyakinan diri pada anak-anak mereka adalah sangat penting. Ibu bapa yang selalu mengkritik anak-anak mereka tanpa mengakui kekuatan mereka secara tidak sedar menyurutkan pembangunan keyakinan diri mereka.

Manakala ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan serta menggalakkan anak-anak mereka untuk maju ke hadapan berkemungkinan besar akan membina keyakinan diri anak-anak. Ibu bapa yang membuat anak-anak mereka rasa dicintai dan diterima walaupun mempunyai ketidaksempurnaan kemungkinan besar akan mendorong keyakinan dalam diri anak-anak.

Kurangnya keyakinan diri tidak selaras dengan kemampuan seseorang. Bahkan, ada orang yang sangat berbakat dan mampu, tetapi mereka kurang keyakinan untuk menunjukkan kemampuan tersebut.

Jika anda ingin mendapat keyakinan diri, maka anda perlu melakukan perkara yang akan membantu anda mendapat keyakinan diri.

Kenalpasti kekuatan dan kelemahan diri dan manfaatkannya. Manfaatkan sepenuhnya kekuatan diri dan kumpulkan nilai-nilai positif. Ini akan membantu anda mendapat keyakinan diri. Jangan berharap semuanya sempurna kerana anda tidak dapat lari dari melakukan kesilapan di sepanjang jalan. Tidak ada orang yang sempurna dan semua orang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.

Akui kesemua kemampuan dan bakat yang ada pada diri sendiri. Jangan merendahkan kemampuan diri sendiri. Cuba kenal pasti setiap perkara kecil yang telah anda lakukan dan telah mecapai kejayaan. Cuba belajar kemahiran baru, dan cuba belajar perkara baru kerana ianya akan membuat anda menjadi seorang yang lebih baik.

Carilah perkara-perkara yang membuat anda merasa gembira tentang diri anda. Mungkin gambar kejayaan lalu seperti yang diambil ketika anda memenangi perlumbaan atau pertandingan debat; ia boleh jadi sebuah puisi nukilan anda yang diterbitkan dalam sebuah majalah. Tumpukan pada perkara-perkara yang telah anda capai dan mulai dari situ. Ini akan memberi anda keyakinan untuk melakukan perkara-perkara lain dalam hidup anda.

Mengembangkan keyakinan diri bukanlah senang terutamanya jika anda tidak memandang tinggi pada diri sendiri. Jika anda ingin mempunyai keyakinan diri, hindari perkara-perkara yang akan menghalang anda dari mendapat keyakinan diri. Jangan fikir sangat tentang kesilapan atau kegagalan yang lepas kerana ia akan membuat anda merasa diri anda tidak penting. Mengakui diri tidak berguna tidak membantu dalam memperkuatkan rasa keyakinan diri.

Adalah lebih baik untuk menumpukan pada perkara-perkara positif yang anda telah lakukan dan dan jadikan mereka sebagai inspirasi diri. Nanti anda akan mempunyai lebih keyakinan diri, dan mudah-mudahan, lebih yakin pada diri sendiri.

Dalam posting yang akan datang saya akan fokuskan kepada perkara-perkara khusus dan memberikan idea-idea serta saranan yang boleh anda praktikkan dalam hidup anda untuk meningkatkan keyakinan dalam semua perkara yang anda lakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan